expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 1 November 2011

wow..boleh beli ferrari 10 biji yg ditempah khas ni

Pekerja Indonesia di M'sia hantar pulang US$1.7 bilion
Pekerja Indonesia di Malaysia mengirim pulang ke tanah air mereka wang berjumlah US$1.7 bilion di suku ketiga tahun ini (2011), demikian menurut catatan bank pusat, Bank Indonesia (BI).

Angka itu mewakili lebih daripada separuh jumlah wang sebanyak US$2.91 bilion yang dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di kawasan Asia Pasifik.

Jurucakap BI, Difi Johansyah berkata, kiriman wang oleh pekerja Indonesia di luar negara ke tanah air mencapai US$5.05 bilion atau kira-kira Rp43 trilion sepanjang suku ketiga tahun ini dan TKI yang bekerja di kawasan Asia mengirim pulang paling banyak wang.

"TKI di kawasan Asia Pasifik mengirim wang ke Indonesia mencapai US$2.91 bilion. Terbesar dibandingkan kawasan lain,” kata Difi seperti yang dipetik detikfinance di portal berita detik.com di Jakarta, hari ini.

Beliau berkata, TKI yang bekerja di kawasan Timur Tengah dan Afrika mengirim pulang wang berjumlah US$2.01 bilion dan daripada jumlah itu mereka yang bekerja di Arab Saudi menyumbang jumlah paling besar iaitu sebanyak US$1.68 bilion.

insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...