expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 2 November 2011

subahanallah..inilah kuasa ALLAH

Tahukah anda, Mengapa Bayi Menangis Ketika Baru Dilahirkan?
Sering timbul soalan kenapa bayi yang baru lahir menangis yang serupa dengan kesedihan bukannya tertawa yang petanda keriangan? Orang zaman dulu ada yang mengatakan tangis bayi sebagai tanda perjuangan hidup yang akan dilakoninya tidaklah mudah. Tapi sebenarnya ada penjelasan saintifik kenapa bayi yang lahir menangis. Semua ibu yang melahirkan pasti bahagia dan merasa hilang sakitnya apabila mendengar bayi yang dilahirkan menangis. Ini juga boleh menjadi salah satu penunjuk bahawa bayinya telah lahir ke dunia dalam keadaan selamat.

Seperti diketahui umum bahawa bayi hanya boleh berkomunikasi dengan orang tuanya hanya melalui tangisan sahaja, kerana itu tangisan bayi yang terdengar ketika dilahirkan adalah salah satu bentuk komunikasi dari si bayi. Selama di dalam kandungan bayi hidup dalam persekitaran yang berair dan terdapat jalan yang menghubungkan jantung dan paru-paru untuk membantu bayi mendapat nutrisi dari darah ibu. Ketika bayi baru dilahirkan, bayi mengambil nafas untuk pertama kalinya melalui perubahan peredaran darah dan dengan menangis membantu membuka peredaran untuk menghantar oksigen melalui paru-paru.
Tangisan pada bayi tersebut membantu membuka paru-parunya agar boleh menghirup oksigen. Dan tepukan perlahan di bahagian belakang tubuh bayi kepada untuk menggalakkan bayi agar melakukan pernafasan udara. Selain itu, menangis juga merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi.
Seperti dilaporkan Telegraph, ibu yang melahirkan anaknya secara semula jadi atau normal akan menunjukkan lonjakan yang lebih besar dalam aktiviti otaknya ketika mendengar bayi menangis berbanding dengan ibu yang melahirkan secara caesar.
Dalam Journal of Child Psychology and Psychiatry, para penyelidik menggunakan scan MRI untuk melihat reaksi dari 12 perempuan setelah mendengar bayinya pertama kali menangis selama 30 saat. Hasil scan menunjukkan bahawa tangisan bayi tersebut mampu menetapkan aktiviti di pelbagai daerah otak ibu yang salah satunya adalah amigdala, iaitu bahagian yang berperanan dalam mengatur emosi ibu.
Selain membantu bayi dalam pernafasan dengan menggunakan paru-parunya, menangis ketika dilahirkan juga membantu aktiviti dari anggota tubuh bayi itu sendiri. Kerana semasa menangis secara automatik bayi tersebut akan bergerak.
Jadi sudah sewajarnya jika bayi yang baru dilahirkan tersebut menangis, kerana itu merupakan kali pertama si bayi boleh melihat dunia. Justeru jika bayi tidak menangis, bererti ada yang tidak kena dengan keadaan bayi tersebut dan doktor perlu segera Menanganinya. – aneh2unik

insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...