expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 22 Mei 2012

ik:setahun menjadi pelajar uitm (21.5.2011)

assalamualaikum,sudah lama aku tak update blog.maklumlah aku skrang dah main twitter kat smartphone aje.kan...back to the point,semalam aku pergi salak tinggi dan semalam juga genap setahun aku meyambung pengajian di puncak perdana.

teringat aku pada masa itu,pagi itu,kami telah bersiap sejak dari semalam lagi.kami adik beradik tak tidur semalaman sambil menikmati keseronokan yang terakhir di rumah aku.lepas ni dah tak boleh rasa dah.tepat jam 8 pagi bergeraklah kami ke tempat yang dituju iaitu puncak perdana dalam bidang perfileman.aku yang membuat keputusan untuk menyambung pengajian di sana walaupun ibu membantah dan menawarkan aku untuk mengambil kos lain.ketika aku mendaftar upu,aku memilih kos pilihan ibu iaitu pengurusan hartanah.takdir allah yang maha esa,aku mendapat kos perfileman padahal kos tu aku letakkan di pilihan enam mengatasi kos yang aku minati iaitu kos seni lukis atau geologi.

sepanjang perjalanan aku pada ulanya terjaga tapi tertidur akhrnya sehingga berhenti rehat di sekinchan.perjalanan dari manjung ke sana mengambil masa 4 jam untuk sampai.namun,kami sesat apabila sampai di pekan meru.mengikuti google map yang kami lihat beberapa hari sebelum itu,kami kena melalui jalan paip untuk masuk ke jalan batu arang.ayah membuat keputusan mencari jalan lain iaitu melalui jalan bukit cherakah.ingatkan sampai ke tempat dituju rupanya kami tersilap masuk kampus.nyaris termasuk dalam kampus puncak alam.kami sesat lagi dan cuba bertanyakan org di situ.berkat dari pertolongan mereka,kami dapat menjumpai tempat yang dituju melalui jalan pintas ke shah alam.pertama kali nampak signboard UITM KAMPUS PUNCAK PERDANA,ibu dahmcm sedih aku akan tinggal di sini.masuk saja ke kawasan kampus,kami mencari parkir di tepi blok b pada mulanya namun ada seorang kesatria mengarahkan untuk parking di depan surau al -iqra.

aku terus mendaftar kolej.bilik yang aku dapat adalah bilik 5d09.sampai di bilik itu,kami terus berkenalan dgn org rumah.selesai mengangkat barang ke rumah,aku terus mendaftar kolej di dewan sebelah kedai dan mendapatkan kunci & beli baju kolej dan tie uitm di pejabat kolej.

tiba masanya aku berpisah dengan keluarga buat sementara.ibu kelihatan seperti berat hati untuk meninggalkan aku di sini.ibu sempat berpesan,jaga diri dan study elok2.apabila tiba masa nak pergi,sempat aku melambai tangan ke arah mereka.pukul 4 ada perjumpaan di dewan untuk memulakan program mds iaitu minggu destini siswa wajib untuk part 1.

dalam rumah 5d09 ada 4 pelajar filem dan 3 pelajar akaun.saadon,appit,usamah dgn aku     pelajar filem tapi bidang berbeza.saadon dalam bidang teater,aku dalam penulisan skrip manakala appit dan usamah dalam filem.3 pelajar akaun tu mujahid,azwan dan kamal.azwan sama negeri dgn aku.

pada hari itu dengan rasminya aku menjadi pelajar uitm puncak perdana



gambar sedikit

























insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...