expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 2 Februari 2012

artikel yang membuatkan para pekerja di malaysia cemburu dibuatnya

Bos Paling Baik Hati Di Australia Beri Bonus A$16j
Australia – Biarpun 2,000 pekerja sebuah syarikat bas bakal kehilangan pekerjaan selepas majikan mereka Ken Grenda menjual syarikat berkenaan, namun mereka masih boleh tersenyum.
Ini kerana Grenda telah membelanjakan A$16 juta sebagai bonus kepada kakitangannya.
Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada keuntungan yang diperolehinya hasil penjualan syarikat bas berusia 66 tahun itu kepada sebuah syarikat pengangkutan, Ventura dengan nilai A$400 juta..
Setiap pekerjanya akan menerima bonus purata A$8,500 berdasarkan tempoh perkhidmatan namun kebanyakannya akan menerima bonus antara
A$30,000 hingga A$100,000.
“Kami mempunyai pekerja yang telah berkhidmat melebihi 40 tahun, dan pemberian bonus ini merupakan satu perkara baik yang boleh kami lakukan,” kata anak Grenda, Scott.
Beliau yang merupakan pengarah urusan syarikat berkenaan berkata, bapanya amat sedih kerana terpaksa menjual perniagaan mereka namun sebagai tanda penghargaan kepada pekerjanya, dia memberikan bonus berkenaan.
Dalam pada itu, Grenda yang disifatkan sebagai bos paling baik hati di Australia berkata, ada pekerja syarikat itu merupakan generasi kedua yang telah bekerja dengannya dan salah seorang daripada pekerjanya telah bekerja sejak 52 tahun.

insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...