expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 11 November 2011

benarkah kota suci umat islam ke arah kebaratan


Kota Suci Makkah telah berevolusi secara drastik dalam beberapa dekad terakhir. Yang mengkhuwatirkan ialah, Masjidil Haram bakal tenggelam dalam mewahnya pencakar langit yang bertebaran di Makkah.

Namun, Datuk Bandar Makkah membantah pembangunan yang kian pesat tanpa perhitungan. Sebaliknya, pihak berkuasa Makkah mempertimbangkan lebar jalan dan lokasi sehingga tidak sembarangan gedung pencakar langit boleh dibangunkan.

"Projek masa depan akan jauh dari Masjidil Haram, sekitar 300 meter. Bangunan sendiri akan memiliki ketinggian wajar antara 8 hingga 10 lantai," kata Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bar, seperti dikutip Reuters, Rabu (9/11).

Dalam enam tahun, tambahnya lagi, pihak berkuasa Makkah berharap infrastruktur kota Makkah akan bertambah sehingga mempermudahkan umat Islam dari seluruh dunia menuju Masjidil Haram. "Kami akan membuat jalan, pedestrian, jambatan dan jalur untuk MRT," katanya.

Al-Bar juga akan memastikan projek jangka panjang di sekitar masjid akan meliputi hotel, gedung-niaga dan kafe. Pembangunan wilayah pinggiran kota, termasuk perumahan dan taman bagi penduduk, telah diselesaikan.

"Makkah dikenali sebagai sebuah kota tua, memiliki beberapa bangunan tua yang tidak teratur rapi. Projek pembangunan akan mengubah dan meningkatkan kapasiti dan layanan kota Makkah," kata Bar.

Pada tahun 2020, lanjut Al-Bar, penduduk Makkah dan para jamaah haji bakal melihat impak dari pembangunan.

Meskipun bermaksud mengatur semula ruang kota, terdapat pihak yang melihat pembangunan itu meniadakan keaslian kota Makkah. Yang terjadi, nuansa kota ala peradaban barat lebih menonjol berbanding dengan keistimewaan kota Makkah sediri.

Sebagai contoh, Menara jam Raja Abdulaziz. Bangunan ini dimaksudkan untuk menjadi pusat waktu dunia Islam. Namun, senibinanya tidak mencerminkan selayaknya peradaban Islam. Bahkan ada kecenderungan pembangunan ini lebih bernuansa kebaratan.

"Apa yang tidak menyenangkan adalah rekabentuk luar tidak mengikuti tradisional Arab. Bangunan ini seolah-olah seperti bangunan di Australia, tidak memberikan nuansa Arab dan Makkah," kata Wafa Abbet, jamaah haji berasal dari Australia. -republika


insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...