cuba lihat dari blog pro pembangkang berkata:
Rata-rata golongan
muda lepasan universiti menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk
menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke
universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.
Bagi mereka pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda. Selama ini golongan muda cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup. Pengumuman ini membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului UMNO-BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini.
Dalam hal ini, golongan muda melihat UMNO-BN gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan. Malah, ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang.
Pengumuman ini menjadikan UMNO akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat. Golongan muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat Tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.
... yang paling bertuah adalah aku...

dan ini dari blog pro kerajaan berkata:
PTPTN - Bukan Along Berlesen Seperti Tuduhan Pakatan Pembangkang
cc @NajibRazak @AnwarIbrahim
Pagi ini penulis membuat sedikit
semakan terhadap isu-isu yang wujud di alam maya. Beberapa isu dikenalpasti
khususnya isu pendidikan tinggi terutama PTPTN yang melibatkan mahasiswa negara
kita.
Beberapa buah blog menyentuh isu ini
terutama selepas YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa hanya tiga buah negara
sahaja yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Blog Anak Sungai Derhaka antaranya
telah menyiarkan jawapan balas dengan mengambil sumber wikipedia sebagai
rujukan beliau. Namun beliau gagal menunjukkan bukti kukuh adakah ada negara
yang menawarkan pendidikan percuma itu mengenakan cukai tinggi atau rendah
kepada rakyatnya.
Jika kita mahu membuat kajian maka
semua aspek perlu dikira seperti kadar cukai yang dikenakan, jumlah rakyat,
pendapatan negara KDNK selain faktor kepimpinan negara itu sendiri. Ada
setengah pemimpin memberi semua perkara secara percuma kepada rakyatnya
sehingga rakyat menjadi malas dan menjadikan negara tersebut muflis seperti
Greece.
Adakah kita mahu Malaysia menjadi
negara yang bakal mengikut jejak langkah Greece selepas ini ?
Apa yang kita lihat, tindakan
menggunakan isu memansuhkan pinjaman PTPTN tidak lain kecuali untuk menarik
sokongan orang muda terutama mahasiswa. Pakatan sudah tahu bagaimana orang
dewasa sukar ditipu dengan janji manis, maka mereka melihat golongan muda ini
boleh dijadikan alat untuk membantu mereka mendapatkan kekuasaan jika jalan
melalui pilihanraya gagal.
Kita jangan lupa perbuatan membuat
perkara yang luar dari norma tatasusila masyarakat Melayu seperti berbaring di
tengah jalan, merusuh, menurunkan bendera yang kesemuanya dilakukan oleh
mahasiswa adalah cubaan menukar persepsi dari negatif kepada positif. Secara
tidak sedar ramai sudah tidak mengutuk tindakan mahasiswa tersebut selain
mahasiswa juga melihat Adam Adli sebagai hero baru walau mereka tidak sedar
tindakan tersebut tidak layak dilakukan oleh seorang mahasiswa yang belajar di
menara gading. Ia hanya layak dilakukan oleh mat rempit bukan mahasiswa IPT.
Pengalaman mendengar taklimat PTPTN
minggu lepas menjelaskan bahawa isu ini dipolitikkan oleh pembangkang demi
undi. Realitinya dana PTPTN ini sudah dikurangkan kadar faedahnya dari 4
peratus kepada 1 peratus sahaja menggunakan sistem Ujrah. Yang malang hari ini
hanya 130 ribu peminjam yang menerima sistem ujrah dari 600 ribu peminjam
PTPTN... Siapa salah dalam hal ini sebenarnya ?
Juga jangan membela sesiapa yang
ditahan kerana gagal ke luar negara, kerana jika mereka mampu terbang sudah
tentu mereka sepatutnya mampu membayar wang pinjaman PTPTN bukan
sebaliknya. Penyanyi terkenal Faizal Tahir yang ditahan juga mengaku beliau
tidak sempat membayar PTPTN bukan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk
membayar pinjaman tersebut. Berita klik sini http://www.kosmo.com.my/
Tindakan tegas Kerajaan adalah demi
rakyat sekelian bukan membela sebilangan kecil rakyat yang menghadapi masalah
hutang PTPTN. Namun dalam banyak kes Pakatan Pembangkang dilihat hanya ghairah
membela sebilangan kecil bukan majoriti rakyat keseluruhannya seperti isu SBPA.
Bukankah kita mahu membela rakyat terbanyak bukan segelintir rakyat seperti
mereka buat.
PTPTN dana untuk pendidikan generasi
hari ini dan akan datang...Pinjaman ini juga dimansuhkan jika mendapat First
Class dan boleh ditangguhkan bayaran jika belum mendapat pekerjaan. Siapa pun
boleh membayar serendah RM50 sebulan kecuali mereka yang culas lagi liat untuk
membayar hutang demi mengejar kesenangan hidup dan gagal membuat pengurusan
bijak dalam kewangan.
Ada kisah seorang peminjam PTPTN yang
tidak membayar pinjaman yang minimum RM50 sahaja sebulan selama setahun yang
ditemui Panglima memberitahu, beliau setakat hari ini tidak dikenakan apa-apa
tindakan oleh pihak PTPTN. Ini kerana ibunya sakit dan memerlukan wang yang
banyak untuk perubatan menghalang beliau menjelaskan pinjamannya seperti biasa.
Ini membuktikan PTPTN bukan along berlesen seperti yang dihujahkan oleh Ketua
Pemuda PAS di sini
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/hapus-ptptn-dan-pendidikan-percuma-rasional-atau-tidak-1.38014
Semoga penjelasan ini bermanfaat untuk semua mahasiswa seluruh negara dan rakyat Malaysia khasnya.
Isu-isu berkenaan PTPTN yang disiarkan di akhbar media perdana dan jawapannya oleh pihak PTPTN anda boleh membacanya di sini
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/maklumbalas-media
antara kedua duanya ada perbezaan pendapat.sebagai peminjam ptptn mcm aku ni.aku skrang pinjam 12000 untuk 5 semester belajar walaupun lambat dan pernah aku hampir maki ptptn tu tapi minta maaf kat petugas tu.kalau tak nahas aku.jadi skrang aku tak memihak kepada sesiapa.terpulang pada mereka.kalau terlaksana alhamdullilah selamat aku dari hutang.tak laksana tak pelah sebab dah tugas aku pandai pinjam bayarlah.along pun tak bayar hilang kau di dunia ni.dan kalau ada ptptn pun joli kataklah.....
p/s:terpulang kepada korang.aku lambat lagi nak mengundi.kampus pun tak boleh main politik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan