expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 18 Oktober 2011

martabat bm?org melayu sendiri pun fail bm


Bahasa Melayu perlu sentiasa dimartabatkan
Bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan sepanjang masa dan bagi  memastikan matlamat itu tercapai, semua urusan rasmi perlu mengutamakan bahasa itu, kata  Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu.

md isa sabuBeliau mahu pihak berkuasa tempatan memastikan paparan dan peragaan seperti papan iklan  dan papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan selain memaparkan persekitaran yang  berlatarkan panorama Malaysia.

"Saya yakin dengan memartabatkan bahasa kebangsaan, penyatuan rakyat Malaysia akan lebih menyerlah," katanya pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Kolej Matrikulasi Arau di Kangar hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Ahmad Bakri Ali.

Pelbagai kegiatan diadakan pada program bertemakan  "IBahasa, Ibangsa, 1Negara" itu, antaranya kembara di  alam kata, pertandingan sahibba, syarahan dan sayembara mengarang.

Bulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan sejak 1999 bagi merakyatkan bahasa dan sastera selain  mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menetapkan Oktober setiap tahun  sebagai bulan sambutannya.

- Bernama

insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...