Perkukuh enakmen banteras cubaan murtad umat Islam
Penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam perlu diperkukuhkan bagi membanteras kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata sehingga kini penguatkuasaan dijalankan di negeri-negeri yang melaksanakan enakmen itu belum tersusun dan mengikut enakmen yang telah digubal sejak 1980 itu.
"Apa yang penting enakmen harus dikuatkuasakan dalam pengertian bukan setakat biarkan enakmen itu lahir, kemudian penguatkuasaannya dibiarkan sahaja," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini selepas melakukan lawatan ke tapak projek pembinaan kompleks Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.
Jamil Khir berkata penguatkuasaan enakmen itu perlu dilihat dari sudut positif di mana sekiranya ada kekurangan ia harus dikaji dengan lebih mendalam bagi memantapkan lagi penguatkuasaannya.
"Masih ramai tidak sedar kewujudan enakmen ini, kalau ini diangkat ke permukaan, pihak terlibat akan mainkan peranan. Ini soal penguatkuasaan di mana enakmen dilahirkan tetapi selepas enakmen itu lahir tindakan tidak dilakukan maka tidak memberikan erti dan makna," katanya.
Mengenai SMA-MAIWP, Jamil Khir berkata ia dijadual siap pada Mei tahun depan, sebulan lebih awal daripada sasaran.
"Pembinaan sudah siap 46 peratus, lebih tiga peratus daripada jangkaan pembinaan sebenar. Bila siap ia dapat menampung 1,200 pelajar," katanya.
Pembinaan SMA-MAIWP yang menelan belanja RM151 juta itu dimulakan pada Jun tahun lepas bagi menampung 469 pelajar SMA-MAIWP yang kini ditempatkan di bangunan sementara di Bandar Tun Razak di ibunegara.
"Sekolah ini merupakan sekolah menengah agama berasrama penuh dibiayai sepenuhnya MAIWP dan memberi pendidikan kepada anak-anak golongan asnaf zakat antaranya fakir miskin, kerana kita percaya pendidikan adalah cara terbaik bagi mereka keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan