expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 23 Julai 2011

Skrip aku..kebenaran disebalik kegelapan

BABAK: 1
LOKASI: ASRAMA DI SESUAH UNIVERSITI TERKENAL
MASA: MALAM (ZAMAN SEKARANG)
WATAK:AKU (AKMAL),AZWAN

  Di sebuah bilik yang ditemani oleh kawan-kawan seangkatan dari dalam negeri.Aku yang tengah mengulang kaji pelajaran yang baru dipelajari semasa kuliah telah menatap buku yang macam “ubat tidur” bagi semua pelajar.Ketika asyik leka mengulang kaji,tiba-tiba,datang seorang rakan menghampiriku sambil membawa sebuah buku.
AZWAN:Akmal,mailah kita belajar sama dengan kawan yang lain.
AKU:Malaslah aku.Aku hari ni nak ulangkaji sendirian..
AZWAN:(Cuba Memujuk)Kawan-kawan kita semua menunggu kau.Jomlah...
AKU:(Dengan muka yang tak ada mood)Malaslah....Nanti sajalah aku menyusuli.Kau pergilah dulu
AZWAN:Baiklah tapi jangan kau menyesal pulak.Aku dah ajak tapi kau tak nak..Ok.....aku pergi dulu.
Setelah Azwan pergi dengan muka yang masam,timbul rasa menyesal dalam diri aku sendiri.
AKU: (Dalam hati) Maafkan aku,Wan.Aku tak sengaja sakitkan hati kau...
Bak kata pepatah “Telajak perahu boleh diundur,terlajak kata,buruk padahnya”.Tapi aku buang semua perasaan menyesal tu.Takut nanti tak dapat menumpukan perhatian.Subjek yang aku pelajari iaitu Bahasa Inggeris,pelajaran yang dahulu aku paling benci.
AKU: Ahrr......susahnya nak ingat semua ni...
Halaman satu persatu aku selak.Lagi banyak aku selak,lagi banyak aku cepat lupa.Sudahlah esok kelas bahasa inggeris.Namun,itulah lumrah sebagai seorang pelajar universiti.Tiba-aku,aku teringat saat aku berada di kampung sebelum aku berada di menara gading.
Cut to


BABAK: 2
LOKASI: RUMAH DAN HALAMAN RUMAH
MASA: 8 TAHUN DAHULU
WATAK: AKU,IBU,AYAH,ADIK-BERADIK

  Suasana yang suram melanda keluargaku.Keluargaku sangat miskin.Ibuku seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Ayahku pula bekerja sebagai peladang namun sikapnya yang kedekut menyebabkan keluargaku seringkali kesempitan wang kerana banyak wang dihabiskan untuk kepentingan dirinya saja.Kelihatan aku telah dimarahi ibuku kerana aku lambat dipanggil kerana aku terlampau letih membuat kerja.
IBU: (Dengan muka yang sangat marah)Mengapa kamu lambat?
AKU: (Dengan muka ketakutan) Err........saya...saya....
IBU: Anak tak sedar diri......Menyesal saja aku lahirkan kau.Kau ni bawa sial.Pasal kamulah keluarga kita miskin papa kedana.
Lalu ibu mencapai sebatang kayu api lalu menyebat badanku.Aku yang sedang dalam kesakitan tidak mampu untuk menjerit kesakitan seolah-olah mulutku terkunci.Adik beradikku seolah-olah merestui perbuatan ibu memukulku.Selepas memukulku sampai lebam,ibuku terus berlalu pergi tanpa melihat keadaanku yang sakit ditibai dengan kayu api tadi
Muncullah ayahku yang baru balik dari ladang.Ibuku yang tahu ayahku balik terus menghampiri ayahku.
IBU:Abang,saya nak minta duit sikit.Saya nak beli barang keperluan kat kedai.Beras,ikan,kopi,gula semuanya habis...
AYAH (Dengan Muka selamba tapi marah) ala..saya tak ada duitlah.buah kelapa sawit tak masak lagi.sabar ye (Cuba berbohong)
IBU:(Dengan muka tak puas hati) abang ingat abang boleh tipu sayalah.Saya tahulah abang kedekut tak mahu berikan duit.Barang keperluan banyak habis.Anak kita nak makan apa?hah...makan pasir...
Berlaku pertengkaran diantara suami isteri tersebut.Si ibu tadi dengan muka yang marah terus masuk ke dapur tanpa membuang masa sebab muak dengan sikap ayahnya.Si ayah tadi terus duduk di kerusi dengan muka yang marah.
AYAH:Akmal,mari sini....
Aku yang namaku di panggil terus mendapatkan ayahnya.
AYAH:Kamulah yang sebabkan ayah dengan ibu bergaduh.Dasar anak sial......
Lalu aku dihadiahkan satu tamparan dan tendangan sehingga jatuh ke lantai.Ayahku terus memukulku seolah-olah macam gengster yang dirasuk syaitan.Ibuku yang berada didapur hanya buat tidak mengendahkannya.Begitu juga adik beradikku.Selepas dibelasah teruk oleh ayahku,aku terus masuk ke bilik smabil menangis mengenangkan nasibku yan malang tak terhingga.
Cut to

BABAK: 3
LOKASI: RUMAH
MASA: SIANG
WATAK: AKU,IBU

  Pagi yang hering selepas ayam berkokok menandakan waktu terbit fajar sudah bermula.Pada waktu itu,aku dlam keadaan mengantuk sebab terpaksa menoreh getah untuk mendapatkan duit.Sedang aku sedang memakai kasut plastik untuk pergi ke sekolah,tiba-tiba,ibuku menghampiri aku dengan membawa sekali sebakul nasi lemak yang dibuatnya malam tadi.
IBU: Nah...!ambil bakul ni.Pergi warung Mak Temah,kasi sama Pak Jalil.lepas tu minta duit jualan nasi lemak semalam.Awas jika kamu tak minta....
AKU:Baik ibu....
IBU: Balik sekolah nanti,jangan kemana-mana.Terus balik ke rumah.Tolong mak tanam sayur kat belakang rumah.Ayah hang bukan bagi sikit duit kat kita.Berjoli dengan duit tu.Anak kat rumah bukan nak ingat...Faham tak...
AKU:Faham ibu....
Berjalanlah seorang hamba Allah ini yang diselubungi malang itu ke tempat yang dituju.Dalam perjalanan yang sejauh mata memandang,aku terasa macam kakiku telah dimakan tanah yng hitam.
Cut to


BABAK: 4
LOKASI: WARUNG MAK TEMAH
MASA: SIANG
WATAK:AKU, PEMUDA A,PEMUDA B,PAK JALIL (PEMILIK WARUNG).

  Perjalanan aku ke warung Mak Temah macam jarak pergi hujung dunia.Penat letih serentak juga dengan penderitaanku.Apabila tiba di tempat yang dituju,kedatanganku disambut oleh pemuda-pemuda yang terkenal dalam mengumpat dan mencaciku.
PEMUDA A: (Dengan muka yang masam) Aku benci betul lah budak sial tu.Tak ingin aku nak berkawan dengan dia.
PEMUDA B: Yelah..aku pun benci jugak dengan budak tu...nasib baik nasi lemak mak budak sial tu sedap.Kalau tak,aku dah lama aku campak aja nasi lemak kat muka dia.
Aku yang terdengar perbualan mereka tidak menghiraukannya lalu terus pergi ke Pak Jalil untuk menghantar bungkusan nasi lemak kepadanya.Namun,tiada senyuman manis dalam muka Pak Jalil seolah-olah aku orang paling jahat dalm dunia ini.
PAK JALIL: (Berkata dalam hati) apahal mak budak ni hantar dia ni bungkusan nasi lemak.Geli aku nak pegang bungkusan nasi lemak ni.Takut pelanggan aku rugi.
Setelah mengucapkan terima kasih,aku terus menuju ke sekolah..
Cut to


BABAK: 5
LOKASI: SEKOLAH
MASA: SIANG
WATAK: AKU, HURRANI
Kelas pada hari ni berjalan seperti biasa.Ketika rakan-rakan yang lain sedang bermain dalam kelas kerana cikgu tiada dalam kelas,aku dalam kelas sering termenung.Ketika sedang termenung dalam kelas,Hurrani,orang kaya yang juga kawan baikku menghampiriku..
HURRANI: (Sambil memegang buku) kenapa ni,Akmal..?
AKU: (Cuba memberi senyuman) tak ada apa-apalah..tak ada apalah,ani
HURRANI: (Dapat mengesan perasaanku) Usahlah nak sembunyikan masalahmu kepadaku.Aku tahu kau kena maki dengan ibubapamu...
AKU: (Cuba nak mengelak) tak pelah,ani.Lupakan benda tu.Jom kita belajar sama-sama.
HURRANI: Ok..tapi usahlah sembunyikan dari aku..
Cut back to
Sedang aku belajar bersama-sama,Hurrani perasan aku sedang menahan lapar kerana tidak mempunyai wang.
HURRANI: Kenapa ni...kau tak ada wang ye...
AKU: Tak adalah...aku puasa hari ni (Cuba berbohong)
HURRANI: Usahlah nak berbohong kepadaku (sambil memegang kocek bajunya).Nah.!ambillah wang ini.
AKU: Tak mengapalah..aku tak nak (Cuba menolak dengan isyarat tangan)
HURRANI: Ambil sajalah..aku ikhlas..
AKU:(Menerima dengan berat hati) terima kasih.Aku tak mampu nak balas jasa kau.
HURRANI: Sama-sama tapi satu saja saya mahu kamu janji dengan saya.Belajarlah bersungguh-sungguh.Bolehlah kamu memberi perspektif baik kepada semua orang kampung.
AKU:Baiklah..
Cut to


BABAK: 6
LOKASI:RUMAH HURRANI.
MASA: 5 TAHUN KEMUDIAN (SIANG)
WATAK: HURRANI,IBU BAPA HURRANI

Lima tahun berlalu.Lima tahun juga aku sedang bertungkus-lumus mentelaah pelajaran.Lima tahun aku aktif kokurikulum.Namun perhubungan aku dengan Hurrani tidak pernah padam.Dialah yang bantu aku dalam pelajaran.Namun perhubungan ini diketahui oleh ibubapanya.Mereka tidak menyukai hubungan aku dengan anaknya kerana aku seorang yang miskin dan seorang yang membawa sial.Satu hari,Hurrani dipanggil oleh ibubapa tentang khabar itu.
IBU HURRANI: (Memanggil) Ani,mari sini sekejap..
HURRANI: (Sedang membaca buku di bilik) Baiklah...
Hurrani terus turun ke bawah untuk memenuhi panggilan ibubapanya.Ibubapanya sedang menunggu di bawah.
IBU HURRANI: Duduklah,Ani.
Hurrani duduk..
HURRANI: Ada apa ibu..
IBU HURRANI: Begini.Mak dan ayah ada mendengar khabar dari seseorang bahawa kamu telah berkawan dengan Akmal,budak sial tu..betul ke?
HURRANI: Ya..ibu..kenapa ibu kata dia budak sial.Dia budak baik.Dialah yang selalu membantu Ani dalam pelajaran.Kalau tak dia,Ani tak berjaya dalam exam.
AYAH HURRANI: Ayah dan Ibu tidak suka kamu berkawan dengan dia.Dia bukannya bagi keuntungan kepada kita.Ayah mahu kamu jauhi dan putuskan hubungan dengan budak tu.Kalau tidak,saya pindahkan kamu ke sekolah lain.
HURRANI: (Dengan wajah terkejut) Mengapa Ayah buat macam tu pada Akmal.Dia bukan budak sial...
AYAH DAN IBU HURRANI: (Dengan Tegas) Keputusan kami adalah muktamat...Jika kamu tidak putuskan hubungan dengan dia,ayah tidak benarkan kamu keluar dari rumah kecuali pergi sekolah saja
HURRANI: Sanggup ayah dan mak buat macam tu pada Akmal..(Sambil menangis)..
Tanpa membuang masa,Hurrani terus masuk ke bilik ...
IBU HURRANI: Macam mana ni,kita tidak boleh membiarkan anak kita berkawan dengan budak sial tu.Nanti berjangkit pulak.
AYAH HURRANI: Saya tahu apa nak dibuat dengan budak tu...siaplah..
Cut to

BABAK:7
LOKASI: DI SEBATANG JALANRAYA.
MASA: SIANG (PETANG)
WATAK: AKU,IBU,KUMPULAN SAMSENG.


Di sebatang jalan yang sunyi,aku yang sedang dalm perjalanan dari Warung Mak Temah telah dihampiri oleh sekumpulan samseng yang diupah oleh ayah Hurrani untuk memberi amaran kepadaku
SAMSENG A: (Dengan muka bengis) Awak ni Akmal budak sial tu ye.Saya nak kasi amaran saya lu..Jauhi diri dari Hurrani..
SAMSENG B: Kalau tak nahaslah lu...Faham tak...
AKU: Kenapa saya kena jauhi dari dia..apa salah saya?(Cuba membela diri)
SAMSENG B: Owh... nak melawan cakap kami ye..Hei geng, belasah sama si budak sial ni...
Berlaku pergaduhan di antara aku dengan kumpulan samseng ini.Aku telah dibelasah oleh sekumpulan samseng.Aku pula hanya mampu mempertahankan diri sahaja.Selepas “dikerjakan” oleh samseng itu,Merea terus memberi amaran.
SAMSENG A: (Dengan nada amaran) Ingat..sekali lagi kamu berhubung dengan dia...siaplah awak..saya kerjakan awak cukup-cukup....
Kumpulan samseng itu berlalu pergi.Aku tengah menahan kesakitan akibat dipukul terus balik ke rumah.Namun sampai saja ke rumah,ibuku sedang menanti kepulanganku dengan muka yang separuh marah.Aku melihat sebatang rotan yang dipegangnya sedang menanti untuk hinggap di badanku..
IBU: Hah..itupun anak sial (Menuju kearahku dengan muka marah).....kemana kau pergi hah...?? tengok ni banyak calar-balar....apa kau buat ni hah??
AKU: Saya..saya...terjatuh dalam parit tadi.
IBU: Kau ni memang dasar anak sial..Mari sini kau...ada habuan untuk kau
Lalu aku mengikuti ibuku untuk menanti “hukuman”.Punyalah sakit,hanya Allah saja yang tahu apabila rotan hinggap kat badanku.Pada malam itu,aku dengan menahan kesakitan mula berasa seperti bersemangat untuk belajar..
AKU: (Berbisik) Aku mesti menghapuskan perspektif dan tomahan ibubapaku,orang kampungku....aku mesti belajar bersungguh-sungguh...
Cut to


BABAK: 8
LOKASI:SEKOLAH,UNIVERSITI,RUMAHKU
MASA:6 BULAN KEMUDIAN
WATAK: SAYA, HURRAINI,IBUBAPA HURRANI,IBU BAPA.

Hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah tiba.Aku yang sedang berbasikla untuk ke sekolah mula memikirkan keputusan yang akan bakal aku perolehi.Setibanya di sekolah,aku telah dikerumuni oleh rakan-rakanku.Lalu mengucapkan tahniah kepadaku.
RAKAN:Tahniah Akmal.Kamu mendapat 9A+.Kamu juga menjadi pelajar terbaik sekolah untuk tahun ini.
AKU: (Dengan nada terkejut) Betul ke ni..?
RAKAN: Iye...(Mengangguk)
Hatiku mula gembira dengan kata rakanku sebentar tadi.Penat lelah aku sepanjang 5 tahun berbaloi.Setelah menerima keputusan SPM aku,aku terus balik ke rumah.Namun aku terserempak dengan Hurrani dengan ibubapanya.Kehadiranku menarik perhatian mereka lalu menegurku
IBUBAPA HURRANI: (Dengan wajah sugul) Tahniah dengan kejayaan kamu.Maafkan pak cik dan mak cik kerana menghina kamu.
AKU: Tidak mengapa..saya telah memaafkan pak cik dan mak cik.
HURRANI: Tahniah dengan kejayaan kamu.Saya harap tercapailah harapan kamu nak masuk universiti.
Selepas itu aku balik ke rumahku.Setibanya di rumah,ibubapaku menunggu dnegan muka yang tersenyum.
IBU: Tahniah,Akmal dengan kejayaan kamu (Dengan wajah sugul tetapi gembira).Dan maafkan ibu kerana gelarkan kamu anak sial dan pukul kamu.Kamu telah buktikan kamu boleh berjaya.
BAPA: Ayah juga hendak meminta maaf kerana memukulmu dan mengabaikan kamu.Selama ini ayah hanya fikirkan diri sendiri saja
Aku hanya tersenyum.Mendengarnya.Kebahagiaan kembali menyinari keluargaku
Cut back to
Kini,aku berjaya memasuki universiti yang menjadi idamanku iaitu UiTM.Aku mengambil jurusan Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik.Sedang aku mengelamun mengenangkan sejarah hidupku,Azwan tiba-tiba menegurku.
AZWAN:Hei apa yang mengelamun tu..Bermimpi ke..?
AKU: Hah..maaflah,aku tak sedar tadi.
Aku berasa malu dengan teguran kamu.Sedang aku tidur,aku dalam hati berasa seronok kerana dapat memberi perspektif baik kepada masyarakat bahawa aku telah berjaya masuk ke menara gading
AKU: (Dalam hati) Aku pastikan aku dapat membantu masyarakatku...Aku pasti lakukan..aku pasti lakukan..
Cut With Happy ending


insan kerdil mau bersuara jugak..tak boleh....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...