May 14, 2011
Isu : Rahsia di Sebalik Nama Muhammad, merepek
Assalamualaikum..Sebelum kita bergelak tawa dan sengih sorang2 dengan entri- entri nostalgia, di sini aku nak menulis pasal kejelikan aku terhadap salah faham muslim tentang tanggapan interpretation rahsia tersembunyi dalam ilmu islam.
Sedang aku menelaah satu persatu blog untuk mendapatkan ilmu dan pandangan kawan-kawan blogger, aku terpaku dan rasa sangat jengkel, meluat dan seperti tak percaya dengan apa yang aku tengok..
Namun aku terpaksa menerima perbezaan pendapat di kalangan kita, cuma apa yang aku kesalkan, sikap sesetengah blogger yang suka menyampaikan sesuatu mengikut hukum 'syok sendiri' tanpa ada asas yang kukuh dan kajian yang mendalam.
Tolonglah jadi penulis yang bertanggungjawab, janganlah sampai-sampaikan bidaah dan benda mengarut yang macam ini. rosak agama dan akidah kita nanti.
cuba anda tengok gambar ini....
Rajah 2 : Rangka manusia yang dibaringkan kemudian seboleh-boleh diusahakan untuk membayangkan tulisan Muhammad, kalau anda tutup dengan tangan tulisan Muhammad di bawah, anda dapat teka tak rangka manusia baring itu represent apa?????????
Mengikut penulis2 teori kajian nama Muhammad yang aku taknak sebutkan namanya, terdapat banyak rahsia keajaiban dalam tulisan nama Muhammad itu sendiri, dengan nama itu menunjukkan seperti orang tengah sujud.
yang kedua, penulis menunjukkan tata rajah rangka manusia yang dibayang-bayangkan dengan menyerupai tulisan Muhammad. Kemudian beliau menyatakan ini satu keajaiban. sesiapa yang setuju dengan penjelasan di atas?
Terdapat beberapa point yang akan aku bincangkan di sini :
1. Adakah dengan kajian pada tulisan ini akan memberi faedah dan menambahkan keyakinan akidah kepada penganut Islam? adakah dengan perkara mengarut seperti ni adalah intipati ajaran Islam? adakah dengan terbongkarnya rahsia tulisan Jawi Muhammad ini akan mengangkat martabat islam dan memajukan tamadun islam?
Islam bukan berkenaan kajian tulisan meyerupai rupa makhluk, islam adalah cara hidup, akidah, penyerahan diri kepada Tuhan, wahyu, kisah-kisah tauladan,penerangan tentang hari pembalasan dan adab-adab etika hidup seorang insan di dunia untuk ke akhirat.
2. Kajian seumpama ini sudah lama ditegah oleh ulama' besar dunia islam samada sarjana dari Madinah, Kaherah dan dunia Islam moden. Perkara seperti ini tidak mendatangkan manfaat kepada Muslim, ia hanyalah bidaah, perkara reka-rekaan untuk suka-suka. adakah ayat-ayat dalam Alquran dan Hadis yang endorse perkara macam ni?
3. Rasulullah SAW, Para Sahabat, dan golongan zaman selepas sahabat iaitu tabi' tabiin tidak pernah ajar benda macam ni, jikalau benda ini mendatangkan manfaat sudah lama sarjana-sarjana dan ilmuan-ilmuan Islam zaman dahulu kala sudah menghuraikan perkara ini.
4. Tulisan dengan rangka manusia dalam rajah 2 itu tidak sama pun dengan Tulisan Muhammad, ia hanyalah bayangan yang direka2 untuk memuaskan hati pencipta bidaah ini.
5. Tulisan Jawi Muhammad pada Rajah 1 pun tidak menyerupai orang sujud sama sekali, totally mengarut.. Huruf Dhal itu bukan mcm Dhal, tapi mcam huruf Lam... memang sangat memalukan dunia ilmiah Islam.
6.Kalau betul nak sama kan semua, baik lukis awan larat terus. apa significantnya tulisan Muhammad dengan Gambar Rangka Manusia?
7. Kalau anda menganggap benda rekaan ini tepat dan menunjukkan bukti keagungan dan keajaiban, anda silap, Bagi Allah SWT, semulia2 manusia disisiNya adalah yang paling bertaqwa, bukan yang paling pandai mencari makna tersembunyi dalam tulisan jawi.
8. Maksud Muhammad Adalah "Yang Terpuji" maksud itu sendiri sudah terlebih mulia dan bermakna berbanding bayangan rekaan orang tengah sujud dan rangka manusia.
9. Untuk menjadi muslim yang bagus dan manusia yang berguna, kita dituntut menuntut ilmu, belajar semua ilmu yang ada di dunia, memahami Alquran, mendalami Hadis... bukan suruh buat kajian tulisan jawi menyerupai rangka manusia.
10. Dengan benda begini yang menular dikalangan muslim akan hanya mendedahkan org munafik dan musuh islam terhadap senangnya memasukkan pelbagai interpretasi dalam segala kitab suci Islam, bagaimana kalau musuh islam menyamar dan menyebarkan tulisan Jawi Allah dan Muhammad menyerupai benda yang tidak elok?
11. Saya Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri dengan penuh sifat bertanggungjawab dan tegas, menyatakan bahawa 'kajian rahsia di sebalik Nama Muhammad menyerupai Rangka dan orang tengah sujud' adalah merepek, tidak ilmiah, bukan dari satu cabang pengajian agama Islam, bukan tuntutan agama, bukan lambang keajaiban, bukan Rahsia tersembunyi ilmu filsafat, Ia juga tidak harus dipercayai dan disebar-sebarkan oleh muslim.
Dengan ini saya secara terbuka akan menerima komen yang ingin bertanyakan pendapat atau berbincang mengenai perkara ini. sekian terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan